XOX Plan Unlimited 35

UNLIMITED 35

Pelan ONEXOX Prepaid menawarkan data internet & hotspot tanpa had serta panggilan tanpa had dengan hanya RM35 sebulan.

Ciri-Ciri Pelan Unlimited 35

  • Harga langganan RM35 (sah selama 30 hari)
  • Unlimited Data
  • FUP 200GB (kelajuan 3Mbps)
  • Boleh hotspot sepenuhnya tanpa had
  • Unlimited Calls ke semua rangkaian
  • Pembaharuan automatik / auto renew (jika kredit mencukupi)

Batalkan fungsi auto renew:
Hantar SMS DATA AR OFF ke 22111 atau 23388

Jika kuota langganan telah digunakan sepenuhnya sebelum 30 hari, pelanggan boleh membeli semula pelan Unlimited 35.

Cara Beli Pelan Unlimited 35

SALURANPENGGUNA BARU (WELCOME DEAL)PENGGUNA LAMA (PELAN DATA)
SMSTaip: SP UNL35 hantar ke 22111Taip: DATA UNL35 hantar ke 22111
USSD*150# > Internet > Ultimate 35
ONLINE STOREhttps://xoxplan.com/store
SELF CAREhttps://xoxplan.com/selfcare
Data Subscription > Subscribe Data > Monthly > ESP UNL35
BLACK APPhttps://xoxplan.com/app
Subscribe Now > Select Package > ESP UNL35

Terma & Syarat Unlimited 35

  • Pelan Unlimited 35 menawarkan data tanpa had dengan hotspot tanpa had dan panggilan tanpa had untuk semua pelanggan ONEXOX Prepaid selama 30 hari (“Tempoh Sah”).
  • Istilah “hotspot tanpa had” bermaksud pelanggan boleh hotspot kesemua kuota data dengan sesiapa saja selagi masih ada data aktif (tertakluk pada FUP).
  • Data tanpa had pada pelan Unlimited 35 ini ditawarkan di bawah Fair Usage Policy (FUP) dan dihadkan pada 200GB setiap bulan dalam Tempoh Sah, serta kelajuan data dihadkan pada 3Mbps.
  • Pelan ini hanya tersedia kepada pelanggan berikut:
    • Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada, dengan syarat pelanggan tidak melanggan sebarang pelan data lain;
    • Pelanggan Baharu ONEXOX Prepaid (Daftar Baharu & Port-In melalui MNP) (“Pelanggan Baharu”)
    • Pelanggan Baharu yang membeli pelan Unlimited 35 sebagai ‘Welcome Deal’ dalam tempoh 10 hari selepas pengaktifan simkad akan menerima tempoh sah 28 bulan serta-merta. Tertakluk pada terma & syarat.

Terma & Syarat Lain

  • Pelan ini disediakan mengikut “Terma & Syarat Khusus” ONEXOX Prepaid serta “Terma & Syarat Am” untuk BLACK dan Prepaid.
  • Anda mesti mematuhi terma & syarat tersebut termasuk Dasar Privasi, Fair Usage Policy (FUP), terma & syarat ini, dan sebarang terma & syarat tambahan lain yang mungkin boleh diamalkan (secara kolektif, “Terma”) dan tertakluk kepada perubahan.
  • XOX berhak untuk mengubah, menukar, menamatkan, melanjutkan pelan atau meminda, mengubah suai terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  • Kelajuan sebenar mungkin berbeza-beza dan mungkin dipengaruhi oleh keadaan yang tidak terhad kepada trafik internet umum.
  • Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan keupayaan peranti.
  • Pelanggan baru ONEXOX Prepaid boleh membeli pelan Unlimited 35 sebagai tawaran “Welcome Deals” dalam tempoh sepuluh (10) hari setelah kad SIM berjaya diaktifkan.
Belum Jadi Pengguna? Dapatkan Simkad Di Sini
XOX Online Store